About Me

My photo
I am optimistic and sentimental to the point of being annoying, especially to people who think that being cynical and cold is cool. Everyday, I thank Allah for everyday things like the ability to breathe, the ability to love, the ability to laugh, and the ability to eat and drink.
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 31, 2010

happy birthday, ahmad afiq!

Last nite sempat buat kejutan untuk si bf! Nasib baik menjadi. Since awal bulan da planning tau. Hahaha. Btw, Selamat Hari Jadi. Tak tau yg ke berapa kali tah wish ni. Hehe. Here ada some picts. Enjoy it :)

Cupcakes from Wondermilk. Nice gila. Sila klik dekat link sebelah kanan kalau nak pergi website dia...

Yang ni daripada saya. Okaythanksbye! Im so sorry sayang. Tak dapat belikan yg awk suka tu!!! :(

Last but not least. This is us. I love you, B!

Monday, October 18, 2010

Work.Work.Work.

Hai kawan-kawan,

Entry kali ni aku nak cakap pasal kerja. Sebab ape tau? Sebab esok aku da start kerja! Haha. Ambik kau, Ja! Finally, kau nak jugak kerja. Heheh. Ini kali ke-2 aku bekerja. 1st time dulu aku kerja kat KYB-UMW. Itupun sebab practical. Kalau tak, jangan harap. Bertuah! Haha.

Kali ke-2 ni pun sbb Datin Mizan yg ajak. So segan pulak nak tolak. Kerja dia not bad. Mungkin kerja dia agak busy, tapi aku suka. Sebab nanti aku akan jadi salah sorang sekretariat dalam event Semai Bakti anjuran Bakti kalau tak silap aku.

So, pasni aku akan bekerja dengan Datin-datin, isteri-isteri menteri. Huh. Doa jela banyak-banyak supaya tak kena maki atau sebagainya. Haha. Insyaallah tak. Tempat kerja aku nanti dekat Bangunan Bakti Siti Hasmah kat TTDI, Damansara :)

Semoga saja semuanya berjalan lancar. Insyaallah..

Sunday, October 17, 2010

ulu yam :)

Today, aku pegi air terjun dekat Ulu Yam! Dah lama sangat tak pegi mandi air terjun. Hari tu, masa pergi reunion kat Jeram Toi tu bukannya aku mandi pun + tak berapa best sangat tempat dia. Bila si bf ajak je pegi Ulu Yam dengan kawan kawan tempat kerja dia, aku da set mind nak mandi. Last mandi air terjun beberapa tahun dulu kot masa kat Sarawak. Air terjun kat Sarawak tu memang superb lah. Sape nak pegi Sarawak, shud try. Nama dia Hutan Lipur Ranchan kalau tak silap. Terletak dekat Serian, Sarawak.

Masa dalam kereta, terpikir jugak. "Ulu Yam ni best ke, susah da nak cari air terjun yg best area Selangor & KL ni. Baik Sungai Congkak ke ape ke, kebanyakan orang cakap dah tak best macam dulu!" Tapi takpe la. Sejam lebih perjalanan. Aku tak tido pun (memang jarang pun tido kalau duduk sebelah si bf, jgn harap!). Bila sampai sampai je, omaigodd seronoknya. Cantik je! Takde la mcm yg orang lain cakap. Best! Best! Even air terjun dia tak tinggi bertingkat-tingkat. Tapi air dia bole tahan bersih..

Okay, ni masa dah sampai. Ni lah tempat kitaorang semua berkelah. Tapi dalam gamba ni tak nampak sangat kawasan dia. Buat bbq, pasang khemah, tempat makan kitaorang semua kat sini la. Nasib baik dapat kawasan luas & rata. Tapi agak mencabar la nak sampai sini. Hehe :D


Aktiviti kitaorang cuma mandi n makan makan. Ohh lupa! Kitaorang celebrate birthday si bf aku! Advanced la sikit. Tehee, takpe kan syg? Haa, ni gamba si bf yg paling comel dan senonoh! Happy Birthday in advance, Sayang!

Bila dah puas mandi, kitaorang siap siap n gerak balik! Terus gerak pegi umah Kak Liza (kawan si bf). We had joy n we had fun, serius! Thanks semua :)

Tuesday, October 12, 2010

setahun setengah.

sayang,

selamat ulangtahun yang ke setahun 6 bulan. lame jugak kan. pejam celik pejam celik sekejap je dah setahun setengah. dari tengah study sampai dah habis study. dari tak pakai tudung sampai dah pakai tudung. dari tak pandai bawak kereta sampai dah ada lesen. dari tak pandai merajuk sampai kuat merajuk. dari gemuk ke kurus, kurus ke gemuk, kurus lagi sampai dah gemuk balik. haha, kelakar kan. walaupun kadangkadang ada yang pahit, tapi hati kite sikit pun tak pernah berubah. sama macam dulu. semoga awak pun sama :)


I Love You!

Tuesday, October 5, 2010

little update :)

hello bloggers :)

err. dah lamanya tak update blog! quite busy lately. busy beraya. haha. nak bukak blog ni pun malas. kawan-kawan punya update pun tak ada baca. maafin gua ya, kawan-kawan. insyaallah, lepas ni nak start berblogging balik! hehehe.

walaupun agak terlambat, aku tetap nak ucap :

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin!