About Me

My photo
I am optimistic and sentimental to the point of being annoying, especially to people who think that being cynical and cold is cool. Everyday, I thank Allah for everyday things like the ability to breathe, the ability to love, the ability to laugh, and the ability to eat and drink.
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 16, 2011

done packing!!

Yayyyy, finally aku dah siap packing untuk ke Brunei & Labuan! Actually kalau nak pegi holiday, packing adalah perkara yg membosankan dan perkara yg paling aku tak suka. Kenapa? Sebab aku seorang yg sentiasa rasa tak cukup kalau keluar dari rumah dan tidur dekat tempat laen! Kalau boleh la kan, blanket dengan bantal pun nak bawak!

Sila bayangkan. Pegi Melaka 3 hari pun aku bawak luggage mcm nak pegi Hajj. HAHAHA. Tapi kali ni aku terpaksa sumbat-sumbat taknak bawak beg besar. Aku ni kalau nak pegi travel seminggu akan bawak pakaian untuk 2 minggu. Sakai kan. Sebab kalau kat umah dah biasa pilih-pilih baju. Kalau tak kena, tukar baju laen. Kalau kat tempat laen pun camtu. Kita kena ready kan kan.

Align CenterSebelum. HAHA.

Selepas. Dah malam baru siap wey. HEHEHE.

Itu je nak share dengan semua. Minggu ni adalah minggu rajin untuk mengupdate blog. Ok thanks bye!! :)

Thursday, January 13, 2011

Pisang Goreng Azmi

Hai korang. Seperti yg korang semua tau la kan, lately aku memang kuat makan. Tak pelik lah semua orang tegur aku gemuk. Okay, dah dah. Merujuk kepada tajuk di atas. Sebenarnya dah berapa minggu aku teringin sangat nak makan pisang goreng. Pisang goreng bukan sebarang tau.

Haa, ni aku nak cite sikit. Aku teringin sangat nak makan Pisang Goreng Azmi dekat SS19, Shah Alam tu (berdekatan komuter station Shah Alam). Dah lama tak makan. Last aku makan bulan lepas kot. Sekarang teringin sangat. Choi. Ni teringin takde makna apaapa tau! Cuma, susah nak cari pisang goreng yg sedap sekarang ni. Semua nya meniaga 'asal boleh'.

Cara dia goreng pun lain. Dia akan goreng 3 kali, berlainan kuali. Pekerja dia semua lelaki. Tu yg rajin je awek-awek pegi beli kat situ. HAHAHA. Beratur ok nak beli. Kalau nak beli, kena lah spend 15-30 mins kalau tengah ramai orang. Selalu kalau aku beli, aku datang awal. Before pukul 12 dah beratur n tunggu dia goreng. Sanggup tau!

Ha ni gambar org tengah beratur masa nak beli Pisang Goreng Azmi. Sumber gambar dari Google. Hehe. Sebelah tu ada orang jual keropok lekor n air. Tapi jarang ada orang beli padahal akan beratur depan kedai dia. Kesian. Huhu. Mesti dia makanhati je tengok pisang goreng tu laku.

Ni pulak packaging dia. Ni pun sumber dari Google. Siap ada nama lagi ok! Haishh, meleleh air liur masa tengah menaip ni. haa. HAHAHAHA. Dahla, malas nak cakap lg, nak pegi beli! Ok bye!

Wednesday, January 12, 2011

entri pertama 2011

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Ah rasa skema plak soalan, kau ingat kau sape Eja. Hehe. Saja nak update sebab dah bosan sangat ni. Setiap kali update mesti ada perkataan 'bosan' kan. Maknanya memang aku bosan sangat lah tu. Kesian aku ni. Time kerja bosan, duduk rumah lagi la superbosan. Tak sabar aku nak sambung belajar. Betul tak Dayana Alia? :)

Ini entri pertama untuk tahun 2011. Tahun yg diharapkan menjadi tahun terbaik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Ada yang berubah dan ada juga yg tak berubah. Boyfren masih sama, bestfriends semua masih setia dgn aku, nafsu shopping yg kuat (yg ni tak tau bila nak berubah). HAHAHA. Tolong ingatkan aku! Ayat sempena AJL 25 :p

Ada jugak yg berubah, anak saudara semakin bertambah. Alhamdulillah. Sekarang ni gila bukak blog baju baby & beli baju banyak-banyak untuk anak-anak saudara. Haha. Pastu kan, kebelakangan ni banyak menerima ayat-ayat seperti ini :

"Eja, ko dah gemuk la. Pandai Afiq jage ko.."

"Eja, ko dah gemuk balik kan? Haritu dah kurus, skang da gemuk balik. Baik ko jage makan, nanti boyfren ko lari!"


"Eh, lama tak jumpa. Rasa mcm dah gemuk la!"


"Eee, debab nye ko ni..."
(ni ayat mak aku selepas beliau snap gamba aku pakai henfon beliau. sedih ok!)

Wtf?? Rasa nak nangis je wey. Itu antara perubahan terbesar lah. Malas nak upload gamba. Kang makin bertambah pulak dialog-dialog seperti yg di atas. Tak apa lah. Sabar je. Saya ada terdengar cerita lah sepasang kekasih ni, girlfren dia badan dia makin chubby, boyfren dia makin kurus dek tak lalu makan menengok cara pemakanan girlfren dia. Kesian kan!

Encik boyfren aku tanya nak ke dia kurus sbb tengok cara pemakanan aku? Sanggup ke aku tengok dia kurus dsebabkan aku? Oh sumpah tak sanggup. Sepatutnya dia kurus kalau dia berjauhan dengan aku. Tapi, dia kurus sebab takut tengok aku! Tak mungkin. Aku akan cuba elakkan! Promise okay, syg? :)

Rasanya mcm entri ni berat tentang isu kenaikan badan je kan. Memang pun nak cakap pasal ni. Sbb memang dah takde idea nak update pasal ape. Hehehe. Doakan lah saya dapat mengembalikan saiz tubuh saya seperti dulu kala. Dan jangan lupa doakan yg terbaik bagi tahun 2011 ni. Ucapan untuk semua, semoga 2011 memberi sejuta makna dalam hidup masing-masing :)